Microsoft Office PowerPoint (Animasi Permainan Cyber Patrol)

16 Februari 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 15 Februari 2020, Pusat Internet PPR Seduan Rantau Panjang telah mengadakan kelas Microsoft Office PowerPoint dalam menghasilkan animasi permainan cyber Patrol. Seramai 12 orang peserta menyertai kelas ini di dalam bilik latihan PI PPR Seduan.

Tujuan kelas ini diadakan untuk mengisi masa lapang para perserta dengan aktiviti yang berfaedah. Para perserta juga berpeluang belajar sambil bermain dalam menyelesaikan misi dalam permainan cyber patrol. Dalam permainan animasi ini, para peserta diminta menjawab soalan asas komputer, advokasi dan Microsoft Office Powerpoint. Kelas ini berlangsung selama 4 jam merangkumi aktiviti sampingan tayangan video advokasi.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali